Friday 30 November 2012

CADANGAN AKTIVITI MINGGU 2- Perihal Diri Saya

  1. Tunjang Komunikasi (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
  • permainan ucap dan jawab
  • simulasi meminta sesuatu secara sopan
  • tunjuk cara memegang alat tulis
  • menyurih kad huruf
  • menyambung garis titik-titik
  • recognise and sound out the simple greetings
  • working in pairs and talk about ownself
  • recognise and read letters of the alphabet
   2. Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai
  • murid latih tubi menyebut Rukun Iman dalam bentu kuiz
  • penerangan tentang hadas kecil dan hadas besar
  • mendengar cerita tentang akhlak Rasullullah S.A.W dengan sifat sabar, bercakap benar dan rajin
  • bernasyid huruf-huruf hijaiyyah
  • guru menerangkan tentang perlunya sikap rajin
  • guru menunjukkan cara mengurus diri
  3. Tunjang Sains & Teknologi
  • mengenal warna yang terdapat di persekitaran cth warna pakaian.
  • murid bermain lego, kiub, manik dan lain-lain.
  • mengumpul dan membandingkan objek tersebut mengikut warna dan bentuk.
  • memadankan objek dengan pasangan yang betul cth kasut dan stokin
  4. Tunjang Perkembangan Fizikal & estetika
  • melakukan aktiviti meramas tepung, meramas kertas yang direndam dalam air
  • menguli tepung
  • membutang baju kemeja bersaiz besar
  • berjalan secara lurus sambil menjunjung pundi kacang di atas kepala
  • berlari terus sejauh 25 meter
  • memperkenalkan alat menggosok gigi
  • mewarnakan gambar mimik muka
  • menyanyi lagu dengan iringan muzik
  5. Tunjang Kemanusiaan
  • menceritakan tentang diri sendiri menggunakan ayat yang mudah
  6. Tunjang Ketrampilan Diri
  • murid menunjukkan pelbagai ekspresi mimik muka
  • meneka emosi berdasarkan mimik muka yang dipamerkan
  

No comments:

Post a Comment