Monday, 3 December 2012

MENGENALI KANAK-KANAK

Anak-anak seumpama kain putih. Orang yang mencorakkannya menjadi warna-warna lain iaitu ibu bapa atau orang yang berada di sekeliling mereka. Dengan kesedaran ini wajarlah kita sebagai pemimpin dan pendidik, memberi perhatian yang leih berat kepada cara kita memberi pendidikan awal yang tidak formal di peringkat kanak-kanak lagi. Peranan kita ialah untuk membentuk keperibadian mereka melalui proses sosialisasi anak-anak. Perubahan-perubahan dari segi fizikal dan juga pesronaliti berlaku mengikut peringkat-peringkat tertentu. Ia berlaku setelah anak-anak melalui berbagai-bagai pengalaman dan pendedahan semasa membesar. Didikan dan dorongan yang baik dapat membantu anak-anak kita menuju ke arah kehidupan yang berkualiti.

1. Peringkat pertumbuhan
Tubuh badan seseorang akan melalui pelbagai perubahan dan akan bertukar bentuk dan saiz. Semasa lahir, kajian menunjukkan bahasa saiz kepala seorang bayi adalah berukuran 25 % daripada ketinggian badannya. Apabila dewasa, kepala seseorang itu berukuran 12% atau 14% daripada ketinggian badan keseluruhannya. Peringkat-peringkat perkembangan boleh dibahagikan kepada:
  • dalam kandungan ibu - perkembangan bayi semasa dalam rahim dipengaruhi oleh suasana yang dilalui oleh ibunya. Dalam masa 38 minggu, janin akan berkembang menjadi bayi seberat 2.5 kg. 12 minggu yang pertama amat penting kepada pertumbuhan janin. Makanan si ibu hendaklah berkhasiat dan bayka mengandunyi kalsium untuk kekuatan tulang bayi.
  • alam bayi - ia berlaku cepat. Bayi memerlukan orang lain terutama kedua-dua ibu bapanya. Penyusuan ibu amat digalakkan kerana tiada makanan yang sebaik susu ibu. Kemesraan dan pelukan ibu akan dapat dapat membantu perkembangan emosi bayi. Ia juga boleh membantu mempercepatkan perkembangan bayi dari segi pergerakan dan cara dan cara mereka berkomunikasi secara bebas.
  • awal kanak-kanak (1-5 tahun) - Peringkat ini adalah amat penting sekali kerana ketika inilah otak manusia berkembang dengan pesat sekali. Segala yang didengari dan dialami akan disimpan di dalam ingatan. Pengajaran dan pembelajaran yang tidak formal akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam ingatan mereka. Di peringkat ini, kanak-kanak mengalami proses perkembangan fizikal yang agak perlahan tetapi peringkat proses pembelajaran mereka amat cepat.  
  • pertengahan kanak-kanak (4-5 thn) - mengalami pelbagai perubahan dari segi sosial dan emosi-suka dipeluk dan dipuji-suka melakukan apa yang dilihat disekeliling mereka-naluri ingin tahu amat kuat-akan menghadapi masalah tidur (akan bangun tidur di tengah malam)- suka berkhayal
  • Kanak-kanak 6 tahun - tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa mereka, mula bermain dan bermesra dengan rakan- rakan, pandai memilih rakan yang sehaluan, terserlah minat dan kegemaran

No comments:

Post a Comment