Tuesday 16 October 2012

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Pada tahun 1996, prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama telah dilaksanakan. Selepas lima tahun pelaksanaan, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 telah disemak semula dan akhirnya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dilaksanakan mulai 2010 di semua prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan.


Matlamat
bertujuan memperkembangkan potensi kanak - kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, keratif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak- kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

No comments:

Post a Comment